- layan lawak jOm -

Kentut Dalam Kelas
Ajoi seorang murid yang agak nakal. 
Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. 
Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya,
 tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling.
 Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. 
Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. 
Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

Menantu Hantu
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan.
 Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. 
Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. 
Bertambahlah gabra semua yang melihatnya.
 Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. 
Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan.
 Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata:
 "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Sejarah nama negeri pahang
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

kOrunk nak bace g ? byk glew kat

thanks for reading . please drop your comment . :) love you

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum .
moh komen , 1 pown jadik lah ! :)
<3 peace !

 
Copyright 2013 This blog fully designed by me|| Alright reserved by deqjaMucuXx || Don't you dare want to copy it!! ||